Ahad, 22 Februari 2015

Di Sebalik Senyuman


Senyumannya

Tersembunyi seribu satu derita

Terpalit luka penuh makna

Tersorok cedera parah di jiwa

Tapi senyuman tetap menjadi kekuatannya

Terukir mesra dipandang manusia

Tanda ikhlasnya dia menghadapi dunia




Senyumannya 

Tersembunyi seribu satu agenda

Anasir jahat bermain di minda

Niat baiknya langsung tak ada

Senyumannya penuh tipu daya

Untuk kepentingan diri semata




Senyum kau,senyum yang mana?

                                                                                                                                                    -DORA- 


Ahad, 25 Januari 2015

Resipi Hazelnut Frapes yang terbaik

Assalamualaikum,hey yall.Harap para pembaca semua sihat.Syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi nafas untuk hidup di muka bumi ini.Jadi,hari ini saya nak share kat korang semua tentang resipi air yang selalu saya buat petang-petang lagi-lagi waktu tengah panas.Memang kaw kalau panas-panas minum air sejuk ni,Refreshing!Korang semua lepas ni dah tak payah nak keluarkan duit yang banyak pergi Starbucks,Chattime,Cool blog.Senang dan mudah untuk buat.Ni dia resipi  terbaik dari ladang HAZELNUT FRAPES.




Bahan-bahan:


===>Oldtown White Coffee Hazelnut(warna hijau)
===>Ice cube
===>Susu segar
===>Coklat peanut m&m's(warna kuning)
===>Whipped cream

Mesti lah kena ada blender!lol


CARA-CARA MEMBUATNYA:


  1. Bancuh 1 paket white coffee dengan air 1/4 secawan.Air sedikit sahaja sebab nak pastikan bancuhan pekat.
  2. Masukkan bancuhan tadi ke dalam blender
  3. Tambah coklat m&n(crunchy),susu segar(creamer) dan ice cube.
  4. Blend sampai halus
  5. Tambahkan whipped cream untuk lebih creamy!

Ready to serve!Resipi mudah dan senang untuk dibuat.Lepas ni dah takyah susah-susah nak gi beli air.Buat je kat umah.5 minit dah siap!Tapi jangan buat selalu leh gemuk korang nanti!lol.




OK,SELAMAT MENCUBA!







Rabu, 21 Januari 2015

Hala Tuju Lepas SPM

Assalamualaikum,hey yall,syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ni.Harini,saya sebagai lepasan SPM juga  mahu cerita kepada  korang semua tentang course apa yang saya pening untuk pilih.Sekarang ni saya tengah dilema sangat-sangat tak tahu nak plih apa.Pertama,the main problem saya nak pilih course apa?Medic?Engineering or Aviation?Here,5 tips untuk korang semua.


What course is suitable for you?



Saya tahu ada kalangan korang semua yang dah pening sangat tak tahu nak pilih apa.Contoh seperti saya tidak tahu nak pilih apa pada mulanya.Totally blank,lol

===>MINAT

Passion itu yang perlu ada dalam diri masing-masing.Setiap manusia mempunyai personaliti dan minat yanh berbeza.Bagi saya.saya minat kepada benda yang hidup dan mesin,jadi minat saya keraah kejuruteraan.Kalau anda jenis yang minat dalam komputer atau IT,anda boleh ceburi dalam bidang IT atau kejurutereaan komputer.TAKE NOTE,that pilih course yang kita minat adalah penting kerana sudah banyak orang tersilap langkah pilih course yang diorang tidak minat,Belum habis belajar,diorang merasa nyesal dan tidak mahu teruskan lagi belajar.Rugi duit dan masa  selama ini belajar.Macam mana difficult course itu pun  be,korang akan berasa senang belajar sebab ada minat dalam diri tu.Korang juga akan bersifat  lebih terbuka dan kompetitif dalam menimba ilmu.Nothing to lose,isnt it?


====>SKIL DAN KELEBIHAN


Rata-rata semua pelajar mesti ada FAVOURITE subjek kan?Fizik,Kimia,Biologi dan banyak lagi.Semua subjek yang anda minat sebenarnya membantu diri anda dalam memilih jurusan yang patut anda pilih.Katakan anda minat kepada subjek Biologi,anda mungkin boleh pertimbangkan untuk menceburi dalam bidang perubatan dan sains hayat.Fizi pula anda boleh tentu menceburi dalam bidang Engineering dan Teknologi.Anda juga boleh reconsider SKIL yang ada pada diri anda seperti menulis,berpidato,berkarya,dan menguruskan satu pertubuhan.Semua skil ini boleh membantu anda dalam mencari karier apa yang sesuai yang  anda.



=====>PELUANG KERJA


Setiap pekerjaan pasti ada up dan down dia.Anda semua perlu mendalami apa pekerjaan yang anda akan pilih.Sebagai contoh jika kamu pilih jurusan biomedical engineering,peluang pekerjaan untuk jurusan ini tidak bagus dan cerah di Malaysia jika dibandingkan di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat.Jadi,pilihlah pekerjaan yang mempunyai peluang pekerjaan yang cerah di Malaysia ni.Baru-baru ini,kerajaan Malaysia lebih memerlukan ramai tenaga pakar perubatan atau dikenali sebagai specialist untuk membantu menambah baik kesihatan rakyat di negara ini.Malaysia juga memerlukan lebih ramai engineer untuk masa hadapan.



=====>INTROVERT OR EXTROVERT?


Apa itu Introvert dan Extrovert?Extrovert adalah kecenderungan seseorang mendapat energi daripada orang di sekelilingya manakala,Introvert orang yang rather be alone.Seseorang yang introvert lebih suka melakukan pekerjaan di ruangan yang tertutup yang membolehkan diri dia lebih tenang dalam membuat satu perancangan dan berfikir.Seorang yang Extrovert pula lebih menikmati dalam bidang yang banyak berinteraksi dengan orang lain seperti doktor,bisnes dan sebagainya.



======>SOLAT ISITIKHARAH


Jika anda tidak bertemu lagi jawapan yang anda cari selama ini,Tuhan ada jawapannya.Solat sunat istikharah sangat bagus untuk menyelesaikan kekusutan dalam kepala anda selama ini.Yakin lah dan percaya kepada ALLAH SWT yang Dia akan memberi petunjuk dan pertolongan kepada kita.Selalulah berdoa meminta petunjuk kerana kita ini cuma hanya hamba nya yang lemah.




OKAY!Itu dia 5 tips saya bagi kat anda semua,Jadi,harap anda dapat manfaat dalam post kali ni.Semoga anda dapat pilih kerjaya yang sesuai bagi anda.Amin.